Saturday, January 31, 2009

HARI SABTU.............

Hari ni sabtu.selalu weekend jer balik kg.tapi kali ni tak....hari ni takde wat aper pun.just g mydin...beli barang utk masak.hari ni tak la msk special sangat...just masak sup kentang campur sohun + pucuk tahu dan ayam goreng....lepas tu aper lagi kemas umah la.menyapu, mop lantai, basuh kain.....tadi pergi mydin terlupa plak nak beli pembalut hadiah...esok kawan ofis aku kawin(Lin)...hubby ckp esok jer la beli pembalut hadiah.ermmm...hari ni duduk umah kira boring gak la.takde citer best...just tgk ultraviolet kat channel 701, jozan...

Wednesday, January 28, 2009

NAK PANGGIL APER???

Kul 3.15 petang tadi aku baru jer call ayah aku. ayah aku ckp pengantin perempuan dah sampai petang semalam. tadi aku ade lah borak2 skit dgn ayah aku. dan sebelum aku letak ayah aku tanyer nak ckp dgn orang baru tak.aku ckp la segan.lain kali lah.(munkin dalam 2 atau 3 hari lagi kot) . tiba2 ayah aku ckp panggil lah mak kat dia. wuaaaaa tiba2 hiba perasaanku. aku ckp la kat ayah aku yang aku tak nak panggil dia mak. aku tak leh pangil sama dengan panggilan arwah mak aku. tapi akan panggil dengan panggilan lain (ibu,umi,mama).ayah aku suruh fikir dulu nak panggil aper.aku tak tau la nak panggil aper........balik keje ni nak tanya hubby la.......

DI HARI PERNIKAHAN AYAHKU
Pengantin (ayahku) baru keluar dari kereta pengantin (Jaguar tuh!!!)

Ketika sarung cincin dan bg duit mas kahwin

Paksu dan Sepupuku

Sebelum Akad Nikah

Diantara Hantaran

Ramai tu (Grand)

Ketika Akad


Ayahku selamat dinikahkan pada 25 Januari 2009 (Ahad) dengan 3 kali lafaz (gugup). Tapi diikutkan pada 28 Januari 2009 barulah pengantin perempuan dihantar.tak sempat aku nak temu bual.cuma sempat salam masa hari nikah tu jer. Aku tgk ayah aku kawin ni mcm grand la plak.aku ingat bapa aku akan naik kereta hubby aku kononnya kereta pengantin la.sampai jer kat umah saudara ayah ku, rupa2nya kereta pengantin ayahku adalah kereta jaguar(perghhhhh). sedara ayah aku punyer....boleh tahan gak la yang menghantar ayah aku ni 11 buah kereta . akhirnya ayah aku tak keseorangan lagi.hidupnya ader la peneman.takde la aku risau makan pakai ayah aku.sakit pening ayah aku.aper2 pun selamat pengantin baru ayah....

Thursday, January 22, 2009

BALIK KAMPUNG (KEDAH)

yeyeye.hari ni jumaat...mlm ni aku bergerak balik ke kampungku. tapi bukan balik saje2.aku balik sbb ayah ku akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua.. mula2 aku diam jer (mcm berat hati la) tapi sbb fikirkan ayah aku tinggal sorang jer kesian la plak.ayah kesorangan selepas emak aku meninggal dunia...ayah aku ni akan berkahwin dgn makcik (anak dara lagi tau)...tapi aku tak tau la umur dia berapa.aku pun tak pernah jumpa dia lagi.skrang ni aku tgh kuat kan semangat ku.....untuk terima semua ini............

Wednesday, January 14, 2009

KESIHATAN DIRIKU

hurm.....hari ni baru aku melangkah ke ofis.rasa serba salah.dah la bos aku ni lain macam skit....rasa tak bermaya diri ini untuk melangkah....aku mula demam hari ahad.dan isnin suhu badan semakin meningkat...selepas hubby aku balik dari keje, terus dia siap2kan aku bawa g klinik.dia peluk dan katanya panas sangat ni...sampai jer klinik swasta, doktor bg surat suruh terus dibawa ke bahagian kecemasan putrajaya kerana suhu terlalu tinggi. cian hubby, terus dibawa ke sana.sampai jer triage kecemasan diorang bg telan ubat utk turun kan suhu.lepas tu ditahan di wad kecemasan dari petang sampai lewat mlm.huhuhu kena masuk air, ambil darah.....skrang ni sendi2 aku masih terasa sakit.batuk makin menjadi2.makan skit jer muntah balik...rasa takut nak makan....tapi tak nampak plak susut kat badan ni.sbb mkn vitamin kot....Kat sini juga aku nak ucapkan terima kasih banyak2 untuk suami ku........dia sentiasa disisi ketika ku sakit..Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkan lah daku dari segala penyakit ini......

Thursday, January 08, 2009

HANDPHONE BARU KU...


C902 (5 MEGAPIXEL)

Gumbiranya hati ku...hubby ku telah hadiahkan handphone baru sony ericson...handphone lama ku Nokia N95 8G dia guna la...dalam tu byk sangat lagu dan video hak milik dia. dia gantikan hp baru....aku tanyer kenapa belikan yg baru. dia jawap ini hadiah sempena kasih sayang dia kat aku. lagipun hp ni nipis skit.tak mcm Nokia N95 8G tu......tahun lepas N95 8 G. tahun ni yg lain plak. hubby aku pun beli kat diri dia sendiri hp Nokia 9300i.ermmm ape2 pun terima kasih abg....
gambar dgn anak buah yg baru

kawasan kebun yg bersih..

bergambar dgn si kecik

si kecik kg yg control cute...

tempat berehat di kebun

masa family hubby dtg putrajaya

Awal tahun 2008 yg lps, bapa mertua aku operation. operate buang cancer kat perut.sayup aku masa tu.lepas tu hubby aku plak operate.masalah usus. masa tu aku teman kan dia.dalam hati aku nangis jer.tapi depan dia aku tak la nangis sangat....lepas bapa mertua aku sihat, satu famili datang umah aku....sajer jalan2 kat sini....tapi tak semua la adik beradik dia datang. maklum la, ader yang keje jauh....masa tu tiap2 minggu aku balik kg.kat kg ader aktiviti berkebun.setiap pagi dan petang turun ke kebun. asal tempat ni semak giler.rumput masa tu tinggi dari aku.... adik beradik hubby aku berpakat beramai2 untuk bersihkan kebun tu.akhirnya, rezeki kini sudah berbuah.dapat juga kadang2 bawa balik dari kg sayur2 atau buah-buahan. aku sertakan gambar kat sini....