Sunday, February 22, 2009

METING DI SOFITEL RESORT,SENAI,JOHOR

Tarian Kuda Kepang Dalam Cruise Kat Danga Bay

Cruise Yang aku naik


Minggu lepas aku terpaksa pergi senai,johor. maklum la aku kan PA.kena la mengambil minit...kali ni mesyuarat diadakan kat johor. tapi kali ni ader makan mlm dalam cruise.wahhhh bestttt...dalam ni kitaorang mkn BBQ dan Cruise ni bergerak selama 2 jam lebih. Cruise ni bergerak sehingga sempadan Singapore.terasa kagum sekejap bila lihat di waktu malam.cantik......Kiranya aku keje sambil menyelam minum air la.hehehe
AKTIVITI HARI MINGGU



Ni la aktiviti hari minggu, layari internet.main games. tapi kena bergilir la.hari minggu takde citer best .jadi mcm ni la aktiviti nya......

Kusyuk tul mengadap laptop

kalau dah boring sangat mula la kitaorang ni main games teka kata (tali gantung).best gak main games ni..hehehe...abis buku diconteng-conteng.....

ni la teka silang(abis buku diconteng2)







Sunday, February 15, 2009

KE SOFITEL PALM RESORT, SENAI

hari ni aku bergerak ke sofitel, JB....atas urusan meting sehingga 18 Februari 2009. lepas balik baru up date citer yg lama berabuk...k see ya...

Tuesday, February 10, 2009

ESOK MOHON CUTI

Esok aku nak cuti.aku baru jer letak borang cuti.harap2 cuti aku diluluskan.hurm minggu ni mesti sebok nak buat maklum balas. sbb minggu depan meting kat Johor.harap2 kat sana keje tak penat dan keje dengan aman...

Thursday, February 05, 2009

AKU DALAM DILEMA....SEDIH..MERAJUK..TAK TAU APER NAK BUAT

Aku pun tak tau nak tulis tajuk aper...mcm2 tajuk rasa nak tulis.ini berpunca dari kisah semalam.semalam aku balik lambat lagi...pada kul 11.05 mlm, tengah aku taip minit dengan bos aku, tiba2 hp aku bunyi...hubby aku call dgn nada yang tinggi...

Hubby: nak balik kul brape ni??dah kul brapa skrang???
Aku: ayg balik lambat la....(dgn suara yg lemah)
Hubby: dah tak reti balik awal ke skrang???
Aku: jap lg la dalam 11.30 mlm(dlm anggaran)abg ambik yer....
Hubby: Kalau 11.30 mlm balik sendiri..abg nak tido...(terus letak hp)
Aku: Terpinga-pinga(dlm hati dah nangis dah)

bos aku terus suruh buat cepat2...fikiran dah melayang-layang ke rumah dah.dlm anggaran kul 11.30 mlm terus aku call terus ambil. hubby aku ambil seperti biasa.singgah petronas tanyer aku nak beli aper2 ker. tapi suara dia lemah jer (macam merajuk)..aku beli la meggi ayam dan air soya. bila aku tanya dia nak mkn aper, dia ckp tak nak mkn.betul2 merajuk ni.adusss

sejak aku kerja dengan bos baru ni, asyik kena balik lambat jer...lebih banyak balik lambat dari balik awal.aku pun tak tau la nak buat mcm mana...aku tau hubby aku letih sangat sbb kerja dia kali ni ulang alik dari sempadan perak...aku harap cuti 3 hari ni tak kena ot...leh lah santai bersama hubby...tak pernah hubby aku merajuk mcm tu...kalau laki orang lain la dpt bini asyik keje jer mesti kena belasah atau kena tinggal..nasib baik la hubby aku tak mcm tu...cuma kali ni jer dia merajuk..aduhhhh...

Wednesday, February 04, 2009

MINIT MESYUARAT

Dari semalam asyik sebok buat minit mesyuarat jer....bila la nak siap ni. mcm nak pecah otak rasanya....semlm balik kul 9.45 mlm...hari tak tau lagi balik kul brape....semlm hubby masak...tapi dia tak nak mkn dulu.dia nak mkn sekali.hurm cian perut dia....sampai jer umah aper lagi kemas kan diri dulu baru lah mkn.mkn malam bersama seperti biasa....malam ni tak tau plak mcm mana.....cian la si hubby aku ni....




Monday, February 02, 2009

PERHIMPUNAN JPM

Hari ni aku kena pergi perhimpunan JPM.naik bus kul 7.45 pagi dari pejabat ke JPM. lepas tu tunggu ketibaan PM (Pak Lah) datang dalam kul 8.20 pagi(lebih kurang kot)..lepas abis perhimpunan terus balik ke ofis semula.hurmmmmmm

Sunday, February 01, 2009

SELAMAT HARI WILAYAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU (LIN)

Hubby dan Aku yg semakin tembam

Lin

Norazlin (pengantin)

Lin and zira (adik lin)



Hari ni ahad bersamaan 1 Februari 2009. Selamat Menyambut Hari Wilayah..Hari ni kawan aku (Lin) Kawin.aku dgn hubby pergi mydin dulu belikan pembalut hadiah.hurrmm...lps tu aper lagi balut hadiah ler....lepas tu terus gerak ke pantai dalam umah si pengantin (Lin)...sampai jer aku terus jumpa mak lin and mak dia suruh mkn dulu.lps mkn g masuk umah tgk lin.wah bukan main cantik lagi lin.berseri-seri.anyway Selamat Pengantin Baru Norazlin dan Nazrul.....