Tuesday, March 31, 2009

KURSUS

sebenarnya, hari isnin yang lalu aku kena g kursus di melaka sampai khamis. aku dah bersiap sedia bawa beg ke ofis. akhirnya tak boleh pergi sbb byk kerja di pejabat yang perlu diuruskan..hurrrmmmm...tunggu la 14 April ni ke sabah ikut bos meting kat sana....

Thursday, March 26, 2009

HANTU POCONG???


Semalam aku balik lambat, tapi takde la lewat malam dalam kul 9.30 mlm.selalu kat lobi ofis aku ader guard berjaga kat situ.tapi malam tu takde plak.sunyi betul2 terasa.bau bunga kat kaunter tu semakin menyusuk hidung aku seakan bau bunga harum sundal malam.bahu aku pulak terasa berat semacam jer.aku pun mengambil keputusan keluar dari pintu kat lobi tu.sepatutnya hubby aku dah sampai..tapi tak sampai2 lagi.aku terpandang atm diluar tu.terfikir mcm nak kuarkan duit.tgh aku tenung atm tu, tiba2 mata aku terasa mcm silau(2x) dari jalan besar tu.aku pun tenung la betul2.lama juga la aku perhatikan.rupa2nya aku ternampak kelibat putih tgh duduk di atas kereta myvi.mcm tak percaya.aku perhatikan lagi dan cuba untuk membayangkan sebuah kereta.tapi tak boleh.mmg betul itu mmg pocong yg duduk dan memerhatikan aku.jantung aku berdegup kencang.kat kawasan tu selalu ader la orang.tapi malam tu mmg takde seorang manusia pun kat situ.bunyi cengkerik semakin kuat terasa dibelakang aku hurmmm ....aku baca segala bagai ayat.aku beranikan diri untuk pastikan kelibat tu.mmg dia masih di atas kereta tu.TAKUTTTTTT....bila tibanya kereta hubby aku, aku cuba lagi pandang lagi tetapi kelibat tu takde yg ader hanya kereta myvi.TERUS NANGIS dibuatnya.......masuk dalam kete pun melalak.hubby aku pun tertanya2.aku nangis jer.kat kedai makan baru aku citer kan...

Wednesday, March 25, 2009

MINIT

Hari ini kena bekerja keras taip minit sbb minggu depan aku dah kena g kursus di Melaka. hari isnin sampai khamis.hurmmmm....

Tuesday, March 24, 2009

VERTIGO

Tiba-tiba !!!

Bumi serasa berputar
Lantai seolah tak dapat dipijak
Kepala bagai bergoyang
Benda-benda berterbangan
Mual tak dapat ditahan
Keringat dingin bercucuran
Lemas, lunglai, tiada daya
Derita tak tertahankan
Ada apa gerangan ?

Seperti itulah kira-kira gambaran umum yang dirasakan seseorang penderita vertigo. Keren tuh namanya ! Emang iya, rangkaian kalimat di atas adalah sekumpulan gejala yang dinamakan VERTIGO.

(artikel yang dicopy dari laman web...)


Penyakit ini la aku alami sekarang....tak tahan rasanya.....nak tido pun bergoyang satu rumah...


Friday, March 06, 2009

METING DI PAHANG DARI 10 MAC - 13 MAC.....

meting menjelma lagi...sory la banyak tak upload cerita terkini.sebok mengejarkan minit mesyuarat dan maklum balas.kali ni aku kena g pahang plak sbb meting kat sana.