Tuesday, January 19, 2010

nuvafemme

sajer nak masuk kan entry baru.dah lama sangat tak update.hehe..just nak minta saper rajin undi la adik ipar aku ni sbb aku sajer masukkan dia dalam contest ni http://www.nuvafemme.my/


ni la orangnya: ROSLINAH BINTI KAMARUDIN NG

Monday, December 14, 2009

InnerShine Berry Beautiful Eyes Search 2009


semalam aku borak dengan adik ipar aku ni.aku ckp la ada member ofis aku suruh adik ipar aku cuba masuk InnerShine Berry Beautiful Eyes Search 2009. adik ipar aku ni cakap tak kisah.sampai jer ofis aku aper lagi search la pasal contest tu.tapi sedih tul, rupanya hari ni tarikh tutup contest tu.......mana sempat nak suruhbeli inngershine berry n tangkap gambar dgn botol innershine...
SENTIASA DISISIKU BUAT MASA INI.....

SUAMIKU

AKAK@INA (ADIK IPAR)

MAR(ADIK IPAR)

ini la antara orang2 yang sentiasa disisi aku buat masa ini.terima kasih untuk segala-galanya....

Sunday, October 04, 2009

RAYA 2009

Balqis(sepupu aku), husband aku, alias, aku

dua2 tak nak pandang kameramak ngah,aku,hubby,nana(sepupu),yati(sepupu)


Alhamdulillah, raya kali amat bermakna dalam hidup aku. segala-galanya telah berubah.aku harapkan kebahagian sentiasa datang selepas ini (Amin)..aku dan suami telah mengambil seorang anak angkat lelaki. umur 5 tahun. jadi tahun ni aku bawa balik beraya kat kedah...

keluarga kat sana boleh terima anak aku ni.Alhamdulillah...malah ader yang nak minta untuk menjaga anak aku ni....aku cakap la dah mula sayang kat budak ni..lupe plak nama dia muhammad alias...keluarga aku suka layan telatah dia bercakap.tapi dia degil skit....husband aku cakap biasa la sbb dulu budak ni duduk terbiar....buat husband aku terima kasih ayang ucapkan sbb abang telah memberi teman untuk ayang...

5 oktober 2009 (hari ini) bermula la husband aku hantar dia kat tadika.cian dia dari dulu nak nak sekolah tapi tak dapat. ni baru first time dia masuk sekolah walaupun dah hujung tahun.aku berdoa agar alias dapat segala ilmu yang dipelajarinya.teringat ayat yg selalu dimulut dia (alias nak buang perangai jahat ambil perangai baik.hehehe)..

Monday, July 20, 2009

17 JULAI 2009

Tarikh ini akan aku ingat sampai bila-bila.kenangan yang sukar aku lupakan.kesan kenangan ini terasa sehingga kini....Ya Allah hamba Mu ini memohon agar perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang......Amin..

Monday, June 22, 2009

TERKINI

Minggu lepas aku kursus kat kuantan, pahang..waktu aku kursus, hubby aku telah cedera ketika bertugas dan mengalami kecederaan di lutut (berjahit).....hari jumaat terus minta bos cuti...

Monday, June 08, 2009

CERITE DAH BERHABUK

lamanya tak up date..maklum lah sebuk dgn keadaan semasa....29-31 mei 2009, aku balik kampung aku (kedah). lama giler rasanya tak balik kg aku....rasanya selepas ayah aku kawin......aku balik pun curi masa ofis satu hari(1 hari cuti)hehehe.itu pun pujuk banyak kali bos aku....30 mei 2009 sepupu aku kat kedah kawin.kakak dan adik (pengantin 4) bersanding.cantik sangat.hari ahad aku dah kena balik sbb nak packing baju nak g kelantan plak.tapi sampai lewat terus tido...hari isnin 1 jun 2009 aku masuk ofis siapkan folder mesyuarat sampai kul 8.00 mlm aku balik jap packing barang nak g kelantan......kul 10.00 mlm gerak ke kelantan. dari 1 -5 jun2009.kat kelantan aku demam.....tapi buat minit sampai kul 2.45 pagi.hurmmm tugas perlu dijalankan......5 jun 2009 (Jumaat) perjalanan balik. sampai kul 10.00 mlm..terasa letih giler...mlm tu kul 3.15 pagi bergerak balik ke kg. melaka....tapi satu tragedi telah berlaku...kereta hubby ku kena langgar dengan lembu. menyebabkan aku fobia sangat. dah la lembu tu lari ke arah pintu aku.. terdiam aku...demam tak baik lagi bertambah dengan terkejut dgn kejadiaan...hari isnin demam tak baik lagi...jadi hubby aku suruh berehat.....

Sunday, May 03, 2009

ANNIVERSARY YG KE-2

Tanggal 3 Mei 2009 adalah ulang tahun yang ke-2 perkahwinan ku. selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-2 abanggggg...semoga jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki anak dan segala-galanya. Amin